Chembio Technology Sdn Bhd dengan kerjasama METATEX GLOBAL SDN BHD bakal menubuhkan pusat bagi menyediakan kelengkapan pelajar-pelajar STEM bagi memudahkan ibu bapa dan guru memperoleh bahan dalam membantu proses pembelajaran.
video by: BBHCSD Media
Seiring dengan kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Malaysia Education Blueprint 2016-2020, pemahaman berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik adalah sangat diperlukan pada masa hadapan. Oleh demikian, pelajar yang mempunyai IQ yang kreatif dan inovatif perlu dihasilkan seiring dengan pembangunan dalam dunia teknologi yang semakin pesat.
Dengan kemahiran yang ada, idea yang menarik serta keperluan pada hari ini, Chembio dan METATEX GLOBAL SDN BHD bakal menerajui dunia penuh teknologi untuk keperluan pendidik hari ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sifat ingin tahu dan daya pemikiran yang lebih tinggi.
Bahan kimia seringkali dianggap merbahaya dan tidak diteroka secara meluas menyebabkan orang ramai tidak didedahkan dengan ilmu yang secukupnya. Hasil perkongsian dari @TikTokVietnamOfficial memaparkan aktiviti bahan kimia yang menarik untuk dicuba dengan pemantauan khusus dari penjaga. Tapi anda boleh terokai dengan lebih seronok di makmal kami bertempat di Chembio Technology Sdn Bhd.